Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2016

Pantai Sepat kuantan #visitpahang2017

Imej
Salam dan selamat malam..sempena promosi melawat pahang 2017..koi ingin memaparkan tempat yang menarik di pahang antara pusat peranginan pantai sepat di kuantan..pantai sepat merupakan pantai peranginan untuk para  ibubapa bersantai bersama anaknya..pantai sepat merupakan pantai terpanjang di negeri pahang..pantai ini tidak jauh dari bandar kuantan dan mengambil masa tidak lebih 20 minit untuk sampai dari bandar kuantan..pelbagai aktiviti blh di jalankan di sini

Nasi ayam penyet AMBIA #visitpahang2017

Imej
Salam dan selamat pagi koi ucapkan kepada pembaca blog koi..hari ini koi hendak tambahkan makanan popular di pahang contoh seperti nasi ayam penyet AMBIA..nasi ayam penyet ini sedap dan popular kerana murah dan sedap..mana hendak dapat nasi campur air rm5.00..klu kuantan payah hendak dapat..sup dia sangat sedap dan sambal dia pedas..lain sikit yang ada di megamall kuantan dan kampung baru kl..restoran ini ada dua cawangan (itu sahaja koi tahu)satu di bandar temerloh dan satu lagi di lanchang temerloh..dua2 tepi jalan..tauke ini memang tahu tepi jalan senang orang nak berhenti termasuk koi.. (Dapag sayur besar ini..boleh lah)

#kemalangan yang tidak terduga #VisitPahang2017

Imej
Salam dan selamat malam koi ucapkan kepada pembaca blog koi..hari ini kita dikejutkan dengan berita kemalangan di tempat pertandingan go kart..di indera mahkota..bukan libatkan pelumba tetapi penonton yang terlibat akibat daripada oleh go kart yang terbabas..koi bukan hendak salahkan sesiapa..hanya allah swt yang mengetahui ..takziah di ucapkan kepada keluarga mangsa..yang paling koi marah dikhabarkan handset mangsa telah hilang akibat diambil oleh orang ..akal tiada ke siapa yang ambil 2...pertandingan go kart ini diadakan bertujuan promosi #visitpahang2017

Kemayan Pahang ,#visitpahang2017

Imej
Salam dan selamat pagi koi ucapakan kepada prmbaca blog koi..Sempena Tahun melawat Pahang atau #VisitPahang2017 koi ingin memaparkan tempat-tempat di Pahang termasuk makanan yang terdapat di Pahang yang sedap-sedap belaka..Jika anda hendak ke Bahau Negeri sembilan melalui Triang, Bera..jangan lupa singgah makanan tengahhari Restoran Paksu Kemayan..kedai beliau betul selepas stesen minyak BHP dan naik ke bukit..Dan Restoran Paksu berada di sebelah kiri..Makanan utama Restoran ini adalah nasi ayam..kenapa koi cakap makanan ini beh kerana terdapat pelbagai kaum makan didalam Restoran ini tidak kira india , cina , melayu dan warga asing..sup dan nasi sungguh sedap sekali dan makan di Restoran Paksu adalah pengalaman pertama koi      (ini waktu dah lepas makan dan tangkap senyap2)

Kembara ke london sempena tahun melawat pahang 2017#VisitPahang2017

Imej
Salam dan selamat malam kepada pembaca blog saya..tahun depan merupakan visit pahang malaysia 2017..pelbagai acara menarik disediakan oleh kerajaan pahang khususnya jabatan pelancongan negeri pahang untuk menarik kedatangan pelancong dari dalam atau luar negara datang ke pahang..pelbagai promosi dibuat oleh kerajaan pahang seperti kembara ke eropah melalui jalan darat..promosi ini dianggarkan dibuat selama 60hari melalui pelbagai negara dari malaysia hingga ke london..semoga peserta ini selamat sampai london dan dipermudahkan urusan perjalanan mereka..pahang terdapat pelbagai tempat menarik untuk dikunjungi oleh pelancong..

#amalan terbaik

Imej
Salam dan selamat malam..disini sesiapa ingin mendapat saham di alam lain ..blh lah memberi sumbangan kepada yang memerlukan..amin

#kuala gandah ,lanchang ,pahang

Imej
Salam dan selamat petang kepada pembaca blog koi..ketika koi menulis blog ini..waktu ini dah petang..negeri pahang kaya dengan tempat yang menarik untuk dikunjungi salah satu adalah taman gajah atau (kuala gandah elephant).disini terdapat banyak gajah dan anda blh beramah mesra dengan gajah antaranya memberi makanan , pertunjukan atau mandi bersama..anda blh masuk melalui tol lanchang dan jarak antara tol lanchang dan kuala gandah sejauh 20 kilometer..disini koi letak beberapa gambar di kuala gandah

Tahun melawat pahang 2017

Imej
Salam dan selamat pagi saya ucapkan kepada pembaca blog saya..tahun depan merupakan tahun melawat pahang..dengan ini pelbagai perkara menarik akan disajikan untuk pelancong yang ingin melancong di pahang..disini saya meletakkan sedikit gambar yang menarik di negeri pahang