#hari ini dalam sejarah #prayPalestin
Salam dan selamat pagi kepada pembaca blog koi..hari ini koi ingin berkongsi ilmu yang di ambil aman palestin..semoga ia memberi kesedaran kepada kita semua..amin
Hari ini dalam sejarah |
" Pembunuhan beramai-ramai Qalqilya - 10 Oktober 1956 "
Qalqilya adalah sebuah bandar Arab Palestin, 16 kilometer barat daya bandar Tulkarm.
Pembunuhan: Pada 1956/10/10, Sepasukan tentera zionis dianggarkan satu batalion dengan senjata dan juga meriam serta pesawat-pesawat pejuang telah menyerang bandar Qalqilyah daripada 3 penjuru. Diketuai oleh Ariel Sharon (Ketua) Skuad Maut 101 (Death Squad 101)
Tentera zionis menyekat talian telefon dan beberapa jalan raya. Zionis kemudian memasuki bandar dan menembak secara rambang. Mereka juga meletupkan beberapa buah rumah, serta pembunuhan penduduk berkenaan yang menyebabkan 70 orang syahid termasuka kanak-kanak dan juga wanita serta beratus-ratus orang mengalami kecederaan.
#AmanPalestin
Negara yg mengaku sebagai badan polis dunia pun membutakan mata saja. Berapa banyak petisyen yg dihantar pon macam takde kesan. Memang kebal Zionis ni kan, nampak sangat ada yang 'payung'.
BalasPadamSabar dan bnyk berdoa je
Padam